Wednesday, October 29, 2008

Pengharaman hukuman rotan pelajar kekal


SEREMBAN, 28 Oktober - Keputusan mengharamkan hukuman rotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin kekal walaupun wujud desakan dikaji semula.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata hukuman rotan terhadap pelajar adalah pilihan terakhir dengan hanya pengetua atau guru besar diberi kebenaran melaksanakannya.

"Walaupun banyak pandangan supaya kita melaksanakan semula hukuman rotan, tapi kita berpendapat penekanan perlu diberikan kepada pendekatan psikologi dan kaunseling untuk menangani dan menguruskan masalah disiplin," katanya selepas merasmikan Hari Semarak Bahasa Peringkat Kebangsaan Sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2008 di Dewan Perbandaran Seremban, di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan banyak pihak termasuk usul yang dibahaskan di mesyuarat perwakilan Umno bahagian yang mendesak hukuman rotan dikuatkuasakan semula bagi membendung masalah disiplin di kalangan pelajar.

Pada 2006, kementerian mengharamkan hukuman rotan di khalayak ramai di semua sekolah sejajar dengan mewartakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2006.

aku bukan mo komplen lah tapi bagi aku baik orang atasan turun padang tinguk sendiri keadaan disiplin disekolah. bebudak skg ni bukan mcm dulu2. Setakat kaunseling tanpa denda mcm rotan rasanya bebudak betambah suka. Yalah buat kesalahan mcmna pun paling2 kena kaunseling jak. Pengalaman aku sendiri bebudak kana gantung sekolah pun dorg suka ni. Ntalah apa denda yang boleh membuat bebudak skg ni insaf n berubah bila kena denda mcm tu tp bukan semua pelajarlah. Tapi 2lah cabaran jadi warga pendidik ni. Memberi Ilmu tidak semudah membina sasiah pelajar tersebut. Ini yang semua org nda tahu sebenarnya, dorg ingat cgu ni mengajar jak kerja dorg dsekolah. hahahaa... So jadilah cgu baru tahu beratnya tanggung jawab seorang cgu ni.

~dunia tanpa henti~

3 comments:

ReezQien said...

aku rasa bukan setakat rotan.. kasi mandi asid pun budak2 ni tetap bebal.. siap flying kick cikgu lg adala.. klau aku.. aku sula hidup2 budak2 nakal nie.. huhu..

bessjawaganteng said...

klau aku blasah ja dgn buku lima.. klu tak mampuspun pengsan ja tu. heehee...

SyEema @ SherRy said...

tak bole salahkan budak tue 100%,ibubapa kena bertanggungjawab gak,mgkin mereka salah didikan kot.bagi aku budak yg nakal nie kena lah ditegur dgn cara lembut tanpa berkeras.