Wednesday, April 29, 2009

X men origins


petang tadi aku tinguk cerita ni sma c cigu. huhuhu.. nda buli cakplah siuk dia. nda terasa 1 jam 45 minit berlalu. papahlapun malas aku mo review cerita kamu tinguklah sendiri. 5/5 star lah aku bagi.


~dunia tanpa henti~

Sunday, April 26, 2009

Restu 2009

Ari 6 lepas aku terpaksa datang ke kota belud(KB) ada program sekolah dibuat dsana. Sebenarnya aku malas mo datang pg KB tu ari sabtu dsebabkan dalam seminggu tu 5 hari aku akan pergi KB. Yalah kerjakan dsana. huhuhhu... so kiranya klu ari 6 or minggu aku mmg nda akan pergi sana kecuali klu ada perkara penting. huhuu..

setiap kali ada program yg sekolah buat aku jualah jadi mangsa membuat gimik. Aku ni bukan pro buat benda2 mcm tu, tapi terpaksa jualah aku buat. Sebenarnya sebelum aku masuk sekolah ni ada sorg guru yg mmg cekap ngan gimik ni, selepas dia pindah aku lah jadi mangsa walaupun bukan opsyen aku tuk membuat benda tu. Yalah klu tunggu org mo buat jangan tanyalah semuanya nda mo. Kiranya aku ni penyambung legasi cigu lama tulah..

Buat gimik ni bukanya susah, tapi klu nda cukup bahan, teda idea, pas tu time suntuk mmg susahlah. mcm aku buat kali nilah. aku main hentam jak, aku main letak2 jak apa yg terlintas dpikiran aku masa tu. hahahaa.. tapi pas aku bg tinguk dorg, nda jualah dorg komplen.Walaupun aku rasa mcm tayang2 gambar jak. hahahaaa...


~dunia tanpa henti~

Tuesday, April 21, 2009

Mafia wars...

Kawan aku kenalkan aku ngan game online ni.. sbbkan dia skg ni aku ketagih mo main. hahhaa..sudah 2 hari aku main, bikin ketagih plak. semalam lambat aku tido bah sebab main game ni.bah klu kamu ada masa kamu layanlah game ni mmg best. aku syorkan pada kawan2 yg hari2 online sampai nda tau mo buat apa layanlah game ni. beli sekotak sigup tuk bejaga malam. hahahaa... bah jo layan mafia wars... aku layan d tagged.com

~dunia tanpa henti~

Saturday, April 18, 2009

aku dan volleyball

Volleyball ni bukan asing bg aku sebenarnya. Aku mmg minat sukan tangan2 ni. lagi2 klu dapat spiking 2. huhuhuu.... disekolah aku ni dlantik sbg pengurus pasukan, walaupun sebenarnya aku ni dlantik sebagai penasihat sukan ping pong. Dsebabkan mungkin aku ni dorg suka bawa pg mana2 trus dorg lantik aku jadi pengurus pasukan.

So di pindikan serita rabu n kamis ari tu aku bawa pelajar aku pg tuk betanding tuk daerah kota belud. seperti tahun2 lalu dorg ni kira pasukan underdog, sekali main pasukan lain trus gerun. malangnya klu dorg ni main ada penyakit kesejukan banyak. membuatkan dorg kucar kacir main. sbb tulah dorg teda numbur tahun ni.. Kecuali team perempuan yg mmg digeruni walaupun dorg dapat numbur 3 jak.

photo 1 : dia ni setter, kira key player

Photo 2 : Team perempuan ni semuanya pindik2 tagap.

Photo 3 : teknik menjurus lawan.

p/s Tahniah pada pemain2 aku ni. walaupun kecik2 tapi permainan mmg mantap2. cuma bukan tahun kitalah tahun ni. so next year kita cuba lagi k..


~dunia tanpa henti~

Wednesday, April 15, 2009

Tag!!! ikhlas dari aku..

1) Adakah anda suka blogging? Kenapa?

Suka klu ada masa, sbb buli buang masa.

2) Blog siapa yang selalu anda skodeng? Nyatakan 5

Banyak btul, tapi kebanyakan bukan blog aku kenal pun. hehheee..

3) Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menemani dan menyayangi anda sepenuh hati? Dan siapa kah orang itu?

mmglah bah mau. Keluarga paling bes.

4) Taken or single? Mana lebih bagus?

aku player mana2 pun buli.. heheheee...

5) Pernah tak cinta anda tidak dibalas?

soalan mcm ni pun ada ka? soalan jiwang malas mo jawap.

6) Ciri-ciri idaman gf/bf anda?Nyatakan 5

1. Kaya
2.sadap mata memandang
3.suka sama aku
4.kuat bejalan mcm aku
5.kelakar.
6. dll.

7) Nak berapa anak?

4 0r 5 orang. hahahaa....

8) Date of birth..

16.april (bisuk besday aku)

9) Best present yg penah dpt?

Bunga + Jam. hahaaaa... punyalah mat kuntum masa tu..

10) Gift yg di impikan..?

Rumah 3 tingkat, kereta BMW spider

11) Fav colour

putih, hitam, kelabu.

12) Fav numbers?

9779

13) Best place yg ingin dijejaki?

Jepun

14) Rase bahagie bile.....

melepak, besukan, online


5 orang yang hendak di tag :

nilah problem aku 5 org yang mo d tag teda. hahahaha


Tq 2 toin


~dunia tanpa henti~

Tuesday, April 14, 2009

Muscle Power 55 Vs Carbonex 21


Tadi petang dalam pukul 6 aku pglah main badminton. tapi bukan main dtempat kebiasaan ni dtempat baru. Dpindikan cerita hancur mainan sbb tmpt tu telampau silau ngan udara punyalah skit. shuttle yang selalunya dsmash kuat mcm nada jak org ambil. hahahaa... paling bes net dtampat tu pindik. apa lagi smash mcmna pun tatap masuk punya. tapi ndalah bah telampau pindik. hahahaaa..

Lain serita aku pun sebenarnya suda lama mo test beza antara 2 reket yonex aku yg keramat tu. mo tinguk kehebatan reket tu. so aku mula2 aku try reket muscle power tu, klu pakai reket ni smash mmg kuat. tapi klu main baseline mmg nda sampai dbaseline tu. Satu lagi aku suka reket ni sbb pemegang dia kecik. cuma susah masa defend sbb mo putar2 reket manyak berat punya. hahaha

Carbonex 21 ni nda payahlah cerita, siapa yg main badminton ni mmg kenal abis ngan reket ni. sebab dr dulu sampai skg ada jak versi baru reket ni. Ni klu main defend ngan attack mmg best cuma nda best dia pemegang da tu besar dr muscle power tadi.

papahal pun mmg dua2 reket ni pebret aku. klu aku mo menyemas jak ari tu aku pakai muscle power, tp klu mo main2 trick, relay, baseline aku lagi suka guna carbonex21. Papahal pun yang penting kita selesa ngan reket kita tu. jangan pakai reket tennis tuk main badminton sudah. hahahaaa....

p/s sebenarnya aku boring so aku ceritalah pasal reket aku.. hahahaaa...

~dunia tanpa henti~

Semalam yang dingin..

Semalam aku tebangun dalam pukul 1 lebih.. nda taulah mimpi apa aku tebangun tu. pas tu nda buli tido. so aku pun ke belkoni belakang rumah aku. Tinguk keindahan alam semesta yg memang mempesonakan. huhuhuu.. mmg ajaib bumi ciptaan tuhan ni. Ptg tadi bukan main lagi hujan sampai ke magrib. Tapi tengah malam bukan main cerah lagi cahaya bulan 2. So aku pun shoot keadaan malam di kala dinihari. Aku shoot juga bulan tu tapi nda nampak menarik.. Tapi mmg semalam tu dingin sangat2 bah..

Shoot 1 : salah shoot sbb terfokus tuala adik aku. hehehee

Shoot 2: Barulah terfokus suasana awan yang damai tu.

Shoot 3 : Bulan mengambang aku adjust skit shutter ngan aperture.

sebenarnya banyak lg pic aku shoot tu. tapi nda larat mo upload guna broadband ni bikin sakit ati. lagipun aku shoot tmpt yg sama, so aku ambik kira shoot yg best2 jak. hahhaaaa..

~dunia tanpa henti~


Thursday, April 9, 2009

Liverpool Forever!!!


Harini aku bangun awal pagi tuk tinguk live match antara team pebret aku lawan chelsea. First half score 1 sama. mana awal2 minit lg torres menjaring, pas tu menjaring plak kepala batu ivanovic tu silakak btul. skg ni masi berlangsung perlawanan tu tuk 2nd half. Nampak dtv skg ni maikel essien belakun cedera padan muka dia. hahahaaa..menanduk lagi jon terri ni perut reina. buduh2 ni.

Tadi masa 1st half aku tinguk cenel supersport barcelona membelasah bayern munich 4-0. gila babi bnyk gol. dulu masa dalam group bayern ni nda pernah kalah pas tu menang pun ngan jaringan besar. Masa quarter final 2 pun mcm tu juga membelasah team portugal klu aku nda silap.

Skg ni ni score sudah betukar 1-3, nampaknya teda nasiblah liverpool malam ni. ivanovic ngan drogba menjaring lagi. Mcm mo tido balik jak aku skg ni. hahahaaa.. oklah aku mo kosentret tinguk bola ni. Bikin panas...

~dunia tanpa henti~

Monday, April 6, 2009

Yahuu!!! da sudah baik...


Alhamdulillah... da sudah baik.. punylah aku risau. Risau nda tentu pasal yalah nda pernah dia sakit seteruk ini. Selalunya da lah kawan dkalah sunyi, gembira, sedih. Aku rindu ngan kelibatnya dsiring ku ni. Ntalah klu teda dia siapalah pengganti da nanti. walaupun da ni kecik jak tapi cukup menceriakan hidup ku.

Lepas ni bolelah aku kembali beramas mesra dengan dia ni. Pusing sana pusing cni, enjoy bersama kemana saja dari pagi sampailah ke tengah malam hingga lupa akan dunia ini. Aku berjanji lepas ni aku akan menjaga da sepenuh hatiku, aku pastikan da akan sentiasa selamat dsamping ku. Aku berjanji atas nama cintaku padamu D80 ku sayang... hahahaaa..

p/s kamera aku dah sembuh sepenuhnya. huuhhuu...

~duniatanpahenti~

Sunday, April 5, 2009

"7 easy ways to make big money while you sleep".. gila btul tido pun buli buat duit ka...

Buli pesaya ka ni?.. palui btul nda masuk akal.. adakah tido pun buli buat duit, bukan buat air liur jak ka time tido. hahahhaaa... ntalah apa isi kandungan buku ni. aku rasa pengarangnya nya pun tido masa buat buku ni. hehehheee... Pas tu cerita pasal mimpi dia dapat duit banyak masa tido. kakakaaa...


nantilah aku cari klu ada ebook dia buku ni. Tapi mana ada cara senang mo jadi kaya ni. apatah lagi mo kaya semasa kita tido. Sampai aku terbayang bangun pagi2 ada suda ampai2 duit dlantai rumah ku. klu ada mcm tukan best. tido jak aku klu teda duit sudah. hahahaaa..


Tapi janglah tetipu oleh tajuk buku tu. tajuk tu strategi jak sebenarnya. yalah sapa juga pesaya kan masa tido pun buli buat duit. so mesti org tertanya2 mcm mana juga buli buat bg2, org pun pglah beli buku 2, padahal secara realitinya kita tau sudah mustahil benda tu berlaku. Dsebabkan keinginan mo cepat kaya last2 yg kayanya tukang tulis buku tu. hahahaa...


"Keep reading books, but remember that a book’s only a book, and you should learn to think for yourself." Maxim Gorky


~dunia tanpa henti~

shinjuku incident buli tahanlah..

hahaaa... tadi tengahari cepat2 aku makan maggie kononya mo tinguk cerita shinjuku incident ni.mo call kawan tapi semuanya masi drumah. al maklumlah rumah aku ni cuma 5 minit jak sampai bandar kk berbanding rumah2 kawan aku yg lain tu mau 30 minit baru sampai bandar ni. Lagipun aku sudah terlambat mo bg tau dorg yalah aku bertolak dr rumah sudah pukul 11.45 wayang start pukul 12.00. pa buli buatlah sorg2 lg tinguk wayang...

aku tinguk wayang ni pun sebab aku busan nda tau mo buat apa dr pagi. Pas tu teringat plak mo tinguk cerita shinjuku incident ni. Papahal pun buli tahan jualah cerita dia. Walaupun filem ni nda banyak aksi stunt dr jackey chan. selalunya klu dia ni belakun klu nda jatuh bangunan nda sah. tapi kali ni da mcm nda pandai belawan pula jadi pundan suda kali c jacky ni. hahahaaa... so aku bagi 3 bintanglah. sama mcm fast n furious 4 tu. cuma bezanya aku nda terlelap kali ni. hahahaa..

ada 3 wayang lg yg aku nda sabar2 tinguk. transformers, xmen ngan terminator. Tapi dalam bulan may baru main wayang2 ni. transformers tu mungkin akhir tahun. ntalah.. papahal pun tunggu jak lah..
~dunia tanpa henti~

Saturday, April 4, 2009

The biggest loser.....



Mungkin ramai yang suda tinguk cerita ni. Cerita realiti tv yang aku suka tinguk sekarang ni tapi sudah abislah cerita dia. Penuh ngan lawak2 dan aksi2 yg buli menitiskan air mata dsebabkan oleh kelucuan. tapi yang bestnya semua peserta dia bersaiz XXXXXXXXL. hahhaaaa..

Rasanya tujuan utama rancangan ni, tuk menurunkan berat badan peserta dsamping mendapat hadiah 250000 usd. Setiap minggu dorg akan membuat aktivit2 yang membolehkan dorg menurunkan berat badan. mcm rancangan realiti lain mesti ada penyingkiran. Sampailah tinggal 3 org peserta. Untuk siri ini pemenangnya matt mmg peserta pebret aku.

Aku pun membuatlah research tuk rancangan ni rupanya2 suda lama rancangan ni ke udara. start tahun 2004 lagi. yang aku tinguk tu musim 2 dia tahun 2005. sekarang ni sudah masuk musim ke 7.

Tapi mmg berbaloi tinguk rancangan ni sebenarnya. Mungkin kita tekejut melihat perubahan saiz peserta2 tu d akhir musim. sampai aku sendiri nda percaya.


p/s sesuai dtonton tuk mereka2 yang punya banyak masa lapang..

~dunia tanpa henti~

Not so fast n furious 4


2hb 4 2008
5.30 am

Aku dengan hati berkobar2 bangun awal tuk pg kerja. sepanjang perjalanan pg ke tampat kerja aku memandu dgn penuh berhemah biaslah awal pagi mc mamai2 lg kan. Dengan kepantasan kereta aku tu aku smpi tmpt kerja tepat pukuk 6.40. Ini bukanlah rekod aku memandu pg tmpt kerja sebenarnya. Hahahaa...


7.00 am

Biasalah kerja, kelas memanjang sampai pukul 9.10.


9.30 am

baiki komputer makmal aku yang terkena virus bebek tu. tapi aku dapat suda antivirus yang mantap. so sesiapa yg tekana virus ni jumplah aku tuk mengambil antivirus tu.. gerenti 100% mesti dapat dibasmi. free jak pun antibirus tu..

11.30 am

Meeting disiplin pelajar. tekejut ngan pelajar skg ni mabuk disekolah + begaduh lg. Tu nda apa tpi pelajar yg telibat tu semuanya perempuan. Gila babun pelajar skg ni....


12.10 noon

cepat2 begegas pg punch kad balik. Hahahaaa.. Vrooooommmmm!!!! bunyi kereta ku meninggalkan tmpt sekolah. kali ni aku memandu selaju mungkin sbb mo kejar masa.


1.20 pm

Sampai drumah ku yang permai. Rehat2, tido2, online kejap pas tu call kawan tapi semunya busy. mcm kamu?.. 247 sibuk jak.. hehehee...


2.00 pm
Vroommmmm!!! dr rumah pg pawagam kononya mo tinguk fast n furious 4.


2.20 pm

Masuk pawagam sorg2 mcm buduh jak tinguk wayang sorg2 ni. hahahaa.. Mcm biasa intro punyalah siuk, tapi cerita keseluruhan 3 dari 5 bintang. sempat aku telelap sekejap dalam tu. hahahaa.. ada satu kereta tu aku ingatkan satria Neo.. hahaha rupa2nya subaru wrx sti hatchback.

4.00 pm

keluar dr pawagam ngan penuh kekeciwaan. bagus mengkali aku tinguk cerita shinjuku incident tu.


4.10 pm
pg opis kawan pas tu sebar fitnah pasal fast n furious 4 yg menidurkan aku.. hahahaa....

P/s jangan tinguk wayang sorg2 rugi jak. hahaha...

~dunia tanpa henti~